Perkhidmatan kami
Fokus Perkhidmatan
Waktu perkhidmatan kami adalah setiap hari persekolahan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Bimbingan & Kaunseling Individu

Bimbingan & Kaunseling Kelompok

Konsultasi

Kerjaya
Perkhidmatan lain yang disediakan
Platform MyNext Talent telah dibangunkan oleh TalentCorp bertujuan memberi laluan kepada pelajar terutama pelajar kolej vokasional untuk mendapatkan tempat latihan industri. Selain itu, pihak kolej juga menggunakan platform ini sebagai inventori pengukuran minat kerjaya pelajar dalam dunia pekerjaan. Pelajar hanya perlu mendaftar di MyNext Talent untuk menerokai minat kerjaya masing-masing supaya mereka lebih jelas terhadap bidang kerjaya mereka masing-masing.
Minda Sihat
Program Minda Sihat KPM bertujuan untuk mengesan awal gangguan emosi dalam kalangan murid sama ada sekolah rendah atau menengah. Program ini dijalankan setiap tahun di bawah Unit Psikologi dan Kerjaya KV SHAS bagi memastikan KPI KPM tercapai. Pelajar akan menjawab saringan minda sihat secara dalam talian.